Monday, April 26, 2010

.......adaKaH aNda WanITa sEjatI??? bUKTikaN.......


Cuba ujian ini dan kenali sejauh mana diri anda
boleh dikatakan wanita sejati yang mampu
membuat orang lain bahagia.

1. Apa yang lebih anda gemari?
(a) warna
(b) bentuk @ corak
(c) bunyian

2. Apakah erti perkenalan @ pandangan kali
pertama pada anda?
(a) tak seberapa
(b) ada juga
(c) sangat bererti

3. Apa yang anda inginkan dalam hidup?
(a) selesa & aman
(b) seseorang @ sesuatu yang boleh anda
sayangi
(c) peluang untuk memuaskan diri anda

4. Secara amnya, anda lebih sukakan?
(a) makanan panas
(b) makanan sejuk
(c) makan di mana-mana saja
(d) makanan ringkas

5. Yang mana satu anda lebih suka lihat?
(a) anak kecil
(b) bayi
(c) orang tua
(d) orang biasa

6. Bagi anda, mana lebih penting untuk anak
lelaki?
(a) bapanya
(b) ibunya
(c) keturunannya
(d) pelajarannya

7. Bagi anda, mana lebih penting untuk anak
perempuan?
(a) bapanya
(b) ibunya
(c) keturunannya
(d) pelajarannya

8. Adakah anda ingin?
(a) cantik
(b) menarik
(c) pandai
(d) mahir dalam serba-serbi

9. Kalau anda diberi peluang, anda mahu?
(a) balajar main golf
(b) mereka fesyen
(c) belajar bahasa asing
(d) membuat kerja kebajikan

10. Dalam perhubungan peribadi, anda
percayakan?
(a) ada penerima & pemberi
(b) kemesraan
(c) persahabatan
(d) peluang berkongsi kebahagiaan

MARKAH

1. (a) 10 (b) 7 (c) 5
2. (a) 3 (b) 8 (c) 10
3. (a) 6 (b) 10 (c) 5
4. (a) 10 (b) 7 (c) 4 (d) 2
5. (a) 9 (b) 10 (c) 8 (d) 6
6. (a)7 (b) 10 (c) 5 (d) 5
7. (a) 7 (b) 10 (c) 5 (d) 5
8. (a) 8 (b) 10 (c) 4 (d) 6
9. (a) 4 (b) 10 (c) 5 (d) 8
10. (a) 6 (b) 10 (c) 5 (d) 8


85-100
Sekiranya anda merasakan diri anda seorang
wanita sejati, memang benar! Sesungguhnya
anda adalah seorang wanita yang disanjungi,
wanita dalam erti kata yang sebenar. Seorang
ibu,isteri, teman, dan kawan yang penyayang.

55-84
Anda masih seorang wanita sejati dalam semua
bidang. Jangan risau jika anda belum mencapai
taraf wanita sejati yang sebenar. Semua orang
tidak 100% sempurna, Apa yang anda lakukan
dan rasa adalah lebih penting daripada markah!

45-54
Mungkin anda tiada potongan untuk menjadi
seorang wanita sejati. Jika anda boleh menerima
kenyataan ini,maka hidup anda tentu akan lebih
bermakna.

Teman2 yang dikasihi sekalian,
Berapa markah yang kalian dapat?!
Ujian di atas cuma untuk menilai diri dan
mengenali diri kita dengan lebih dekat.
Kadangkala kita selalu perhatikan orang
sedangkan kita sendiri tak kenal diri kita yang
sebenar. Sesekali cubalah muhasabah diri
dengan bertanya pada kawan yang rapat. Ingat!
Sahabat sejati bukanlah seseorang yang selalu
membenarkan kata-kata mu, tetapi mereka yang
selalu berkata benar kepada mu. Terimalah
kebenaran...


0 comments:

Post a Comment